Sulit
5 tahun
Kegatalan Vagina dan tahap kekerapan buang air kecil mneingkat
Assalamualaikum & hai Dr. Terima kasih sudi baca dan jawab soalan saya nanti
.
Sy wanita berumur 31 tahun dan sudah berkahwin.Saya ada 1 soalan. Kenapa ada masa vagina akan rasa gatal dan menyebabkan kerap buang air kecil?
Terima kasih 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah kegatalan vagina.
Untuk makluman anda, masalah kegatalan sebegini boleh berpunca daripada:
- Alahan kulit kepada sabun mandian/fabrik dan lain lain
- Eczema
- Penyakit kelamin
- Vagina kering
- Keradangan vagina
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Scabies
Kekerapan kencing sekiranya melebihi daripada yang biasa anda alami adalah boleh jadi tanda kepada kondisi perubatan yang lain. Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sukar untuk kencing
- Sakit ketika kencing
- Perubahan warna air kencing
- Sukar atau lambat untuk memulakan kencing
Anda masih risau tentang masalah vagina? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
































