
Sulit
4 tahun
Kegunaan pill norethisterone
apakah hais sy akan berhenti sekiranya sy makan pill norethisterone?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini.
Untuk makluman anda, pil norethisterone, bertindak pada reseptor dalam badan dan memberi kesan seperti hormon semulajadi. Pil ini sering digunakan dalam masalah seperti: mencegah pendarahan yang tidak normal atau tidak dijangka dari rahim gejala sindrom pra-haid yang berlaku sebelum haid termasuk kesakitan payudara, sakit kepala, migrain, pengekalan air dan gangguan mood haid yang menyakitkan atau pendarahan yang berlebihan menjarakkan kitaran menstruasi penyakit endometriosis. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai salah satu usaha kontrasepsi secara oral.
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Untuk saya menerangkan punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Selain itu, keputusan untuk mengambil ubat norethisterone bagi memberhentikan haid serta berapa lama tempoh yang disarankan untuk anda mengambil ubat ini bergantung kepada keputusan doktor yang menilai anda nanti.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pastikan persoalan anda terjawab. Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!