Sulit
5 tahun
Kehamilan selepas 1 bulan menjalani pembedahan laporoscopy
Saya wanita 34 tahun telah menjalani pembedahan laporoscopy pad 13 mac 2020 kerana mempunyai dermoid cyst dan fibroid serta untuk die test.Selepas 4 hari pembedahan tersebut saya mengalami period iaitu jika mengikut kiraan ia adalah tarikh normal period saya untuk bulan mac.Masalah yang saya alami sekarang adalah pada bulan april saya telah lewat 4 hari period.Ada kemungkinan ke yang saya boleh mengandung?saya risau akan risikonya kerana saya masih rasa luka dalaman saya belum sembuh sepenuhnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan- anda berkemungkinan hamil jika pernah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan setelah haid terakhir anda
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























