
Sulit
4 tahun
Kehamilan susah nak hamil dengan buang ovari sebelah kanan
boleh ke saya mengandung lagi…saya sudah buang ovari sebelah kanan dan tiap kali saya bersama dengan suami air mani suami saya kuar balik dari faraj saya…saya ingin ank lagi…saya perlukan bantuan doktor utk saya hamil lagi

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Pada dasarnya bagi menilai kemampuan atau kesesuaian seseorang wanita untuk meneruskan perancangan kehamilan selanjutnya, kami perlu tahu sejarah kesihatan, kondisi saat ini dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa. Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdekatan agar informasi yang diberikan lebih tepat.
Namun secara dasarnya, wanita masih boleh mendapatkan zuriat sekiranya ovari di sebelah kirnya masih berfungsi dengan baik, namun seperti yang telah dijelaskan, terdapat pelbagai faktor yang memiankan peranan terhadap kesuburan seseorang wanita.
Di samping itu, perlu difahamkan bahawa, air mani yang keluar kembali dari faraj setelah melakukan seks lazimnya berlaku walaupun sebahagian air mani telah memasuki pintu rahim.
Justeru berbincanglah dengan doktor anda (bersama-sama suami) untuk mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan rancangan keluarga anda bersama.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).