
Sulit
4 tahun
Kekeliruan berkenaan keputihan
Saya perempuan, berumur 19 tahun. Saya ingin bertanya, adakah penggunaan sabun boleh menyebabkan perubahan kepada keputihan? Kerana baru2 ini saya telah menggunakan sabun mandian yang lain dari biasa, dan kebetulan saya baru habis period , dan keputihan saya jadi tidak seperti biasa. Adakah normal ? Saya juga keliru bagaimana hendak tahu bahawa bahagian sulit telah dijangkiti kuman atau tidak? Dan apakah Cara paling selamat utk bersihkan alat sulit?
Saya juga telah membaca byk artikel2 untuk mencari jawapan, namun semuanya berlainan dan saya jadi keliru , yang mana satu maklumat yg betul😥

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk makluman anda, masalah keputihan pada wanita boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
Keputihan fisiologik - yang mana adalah normal & mempunyai ciri-ciri seperti:
• Lendir yang cair dan tidak melekat
• Berwarna putih atau krim
• Tiada bau
• Jumlah yang sedikit
• Hanya semasa subur dan sebelum haid
• Tiada kegatalanKeputihan patologik pula yang disebabkan oleh penyakit seperti
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan flora normal bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Umumnya keputihan patologik mempunyai ciri-ciri seperti
• Lendir yang kental dan melekat
• Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
• Berbau busuk
• Jumlah yang banyak
• Berlaku apabila terdapat jangkitan pada faraj
• Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami keradangan
Rawatan atau ubat bagi keputihan patologik memerlukan diagnosis dan konsultasi doktor, namun buat sementara waktu kami sarankan anda untuk :
- amalkan cuci alat kelamin dari depan kebelakang (untuk mengelakkan dari jangkitan ke saluran kencing)
- amalkan hubungan kelamin yang selamat seperti penggunaan kondom (untuk mengelakkan dari jangkitan ke pasangan) - sekiranya sudah berkahwin
- amalkan pemakanan probiotik seperti yougurt, susu kultur dan suplemen
- memakai pakaian dalam dari bahan kapas (baca: cotton undergarments)
- berhenti mengamalkan vaginal douching (kerana ia menggangu persekitaran semula jadi di kawasan kelamin anda)
- pastikan tubuh mendapatkan nutrisi dan air yang cukup
Sekiranya gejala bertambah teruk atau anda sangat tidak selesa, di sarankan untuk berjumpa dengan doktor secepatnya.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).