
Sulit
4 tahun
Keletihan selepas makan ubat
Hai Dr. Saya najwa umur 23. Saya mengalami keletihan yang terlampau, rasa loya dan pening. Saya perasan perubahan selepas makan sejenis ubat resdung. Apakah masalah yang dialami saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala - gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Secara umumnya rasa keletihan yang terlampau, loya dan pening boleh dikaitkan dengan beberapa kondisi tubuh seperti:
- kekurangan darah merah atau zat besi
- efek sampingan ubat
- gangguan saraf otak (i.e. migrain, tension headache, dll.)
- gangguan psikiatri (i.e. depresi, stress, dll.)
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.