Sulit
5 tahun
Kelewatan haid dan masalah mual dan kembung perut erut dan kencing kerap
Saya wanita berusia 27 tahun sudah berkahwin. Saya mengalami masalah kencing kerap dan mual2 dan juga period saya juga telah lewat 3 hari. Sebelum ini period adalah normal dan ontime. Adakah saya telah lewat haid atas sebab saya mengambil ubat kencing kotor, tahan sakit dan antibiotik? Atau saya telah pregnant? Saya juga mempunyai masalah kembung oerut dan tidak selera makan.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Mengambil pil perancang kehamilan
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























