
Sulit
4 tahun
Kelewatan haid setelah mengambil postinor2
Hye doc,saya telah melakukan persetubuhan tanpa perlindungan dengan pasangan pada 6/10/2020 serta mengambil pil kecemasan (Postinor2) pada 8/10/2020.Pada 20/10/2020 pasangan saya mengalami period yang sngat banyak. Namun sehingga ke harini, 26/11/2020 pasangan tidak mengalami period yang seterusnya(telah lewat 10 hari) daripada tarikh sepatutnya pasangan kembali period.Pertanyaan saya, adakah disebabkan pengambilan postinor menyebabkan kelewatan setrusnya haid pasangan saya? Saya mohon pencerahan doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid lewat yang pasangan anda hadapi. Untuk makluman anda, pendarahan selepas mengambil ubat pil perancang Postinor 2 ada kalanya sangat banyak. Salah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama pengambilan pil perancang adalah perdarahan haid yang tidak teratur, haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan (breakthrough bleeding) dan perdarahan haid yang lebih daripada biasa. Selain itu, sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, sakit payudara, dan tindak balas kulit juga merupakan kesan sampingan yang dialami oleh beberapa individu.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Keadaan ini berlaku kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri. Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor.
JIka keadaan ini berterusan, saya sarankan untuk anda berjumpa doktor.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!