
Sulit
4 tahun
Keliling Anus Seperti Ulser
Doc sya mempunyi seolah ulser pada keliling anus bila didilihat pada cermin secara meneran. Tidak ada sebarang darah atau nanah pada najis cuma kelihatan ada keputihan seperti lendir.Ianya tidak menyakitkan cuma gatal dan tidak selesa bila ulser itu melekat kerna kelilingnya juga mempunyi ulser yg sama.Adakah perlu mnjalani kolonoskopi…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma kerana sering sembelit dan meneran
- Jangkitan virus herpes
- Penyakit radang usus (Crohn’s disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.