
Sulit
3 tahun
Keluar air dengan sendiri ketika lompat tali
Saya wanita berumur 28 tahun, saya mempunyai 2 orang anak yang bersalin secara normal. Selepas bersalin anak yang kedua ketika dalam pantang saya tak dapat tahan air kencing dimana saya tak sedar air kencing mengalir keluar tanpa perlu meneran… Tapi keaadaan itu hanya berlaku selama 2-3 minggu setelah itu saya sudah boleh menngawalnya…
Tetapi yang menjadi persoalan apabila semalam ketika saya membuat senaman lompat tali saya rasa ada air keluar dengan sendiri dan setelah diperiksa saya pasti itu air kencing… Selepas itu saya tukar & pakai pantiliner dan sambung senaman semula… Apabila selesai saya lihat pantiliner saya basah & ada keputihan juga…
Kenapa perkara itu berlaku? ianya keluar dengan sendiri ketika saya lompat… Ini adalah pertama kali saya membuat senaman lompat tali setelah bertahun lamanya… Saya ingin meminta pandangan dahulu sebelum pergi ke klinik… Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini biasanya terjadi selepas bersalin sebab kelemahan pada otot lantai pelvis. Anda boleh cuba melatih senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvis supaya dapat bantu anda mengawalkan gejala tersebut.
Selain itu, anda juga boleh mendapati nasihat dan arahan daripada doktor anda tentang senaman kegel. Sekiranya anda masih bergejala selepas itu, mungkinnya ia disebab oleh perkara lain seperti gangguan saraf, masalah pada pundi kencing dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.