
Sulit
4 tahun
Keluar angin dari miss v
saya berusia 20 tahun belum berkahwin dan tidak pernah bersetubuh. sejak sekolah menengah saya dapati ada angin yg keluar dari miss v semasa saya solat. sehingga sekarang saya masih alami benda yang sama. apakah faktor berlakunya perkara ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, vaginal flatulence ataupun kentut vagina adalah tidak merbahayakan. Ia adalah normal untuk mempunyai kentut vagina. Secara amnya, kentut vagina boleh berlaku disebabkan udara yang terperangkap di dalam faraj sewaktu memasukkan benda ke dalam faraj. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kentut vagina ialah:
- senaman seperti yoga, mampu regangkan faraj dan memasukkan udara ke dalam faraj
- hubungan seks dan penggunaan mainan seks
- otot bahagian punggung yang lemah
- pembentukkan fistula pada faraj
- prosedur pemeriksaan kesihatan pada kemaluan
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih