
Sulit
3 tahun
Keluar cecair coklat dan urat warna merah selepas 7 hari tempoh period
Salam n selamat sejahtera Dr sy mahu tanye sy period pada 15/05/2021 dan kebiasaanya period sy akan kering dlm tempoh 7 hari. Sy sudah berkahwin dan masih belum mmpunyai anak. Sy adalah TTC for 3 years. Soalan sy semasa tempoh period 7 hari sy didatangi darah haid yg normal selama 2-3 hari kemudian darah sy brtukar warna coklat. Sebelum ni pun memg mcm tu. kdg coklat bercampur dengan merah dlm kuantiti yg sedikit. Kebiasaanya hari ke 3 tetapi period kali ni selepas 7 hari period, sy masih didatangi oleh lendir warna merah n cecair coklat. Tidak berbau pelik. Sehingga ke hari ini dh hari ke 9 masih didatangi cecair coklat kehitaman dan perut sy di bahagian bawah perut rasa tidak selesa. Adakah ini serius?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Gejala perdarahan berwarna coklat yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Namun, keterangan yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.