
Sulit
4 tahun
Keluar cecair coklat dari faraj dan gatal
Hai. Sy wanita berusia 25 tahun dan telah berkahwin. Saya telah lewat datang haid selama 20 hari bg bulan april ini. Tapi , dalam tempoh 20 hari ini, ada 3 hari darah keluar tapi tidak konsisten seperti haid. Pagi keluar, petang tak, malam keluar semula. Kemudian, hari yg ketiga itu , waktu tengahari sahaja keluar dan seterusnya tiada lagi. Sepanjang dalam tempoh 20 hari ini juga saya ada buat test UPT di rumah dan result positif. Kemudian saya peegi ke klinik utk confirmkn, malangnya result urine dan darah menunjukkan result negative.
Sekarang saya mengalami cecair coklat keluar dari faraj setiap hari dan faraj berasa gatal.
Boleh doc jelaskan ianya adalah apa dan kenapa ? Terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda terlambat atau tidak seperti sebelumnya. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid terlambat yang disertai warna kecoklatan. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Jangkitan pada kelamin
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan atau kehamilan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Justeru, anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.