Sulit
3 tahun
Keluar cecair coklat lepas tu keluar seperti darah haid dalam kuantiti yang sedikit
Hi doc. Saya seorang perempuan berumur 21 tahun. Ada cecair coklat keluar dari faraj selama 2 hari, lepas tu, dah masuk 2 hari ni keluar macam darah haid tapi dalam kuantiti sikit. Saya tak pasti sama ada saya period atau tidak. Tanda-tanda datang haid takda juga macam selalu.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu mengalami keputihan yang berwarna putih susu dan adakalanya keputihan itu menjadi pekat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair coklat yang dialami anda boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan dan mengganggu aktiviti harian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Jangan biarkan penyakit kelamin menghantui anda ! Dapatkan nasihat pakar yang bertauliah.