
Sulit
5 tahun
Keluar cecair darah dari faraj
Saya wanita 20-an dan baru berkahwin. Saya dan suami telah melakukan hubungan intim dan sejurus selepas beberapa hari cecair tidak berhenti keluar dr faraj saya sehingga keluar darah yg berwarna merah tua. Adakah itu darah dara yg masih belum habis keluar atau saya terkena infeksi? Saya tidak membuang air kecil selepas melakukan hubungan intim dan basuh menggunakan feminine wash. Saya silap kerana tidak membuang air kecil dan saya risau adakah saya telah terkena infeksi? Saya tahu maklumat ini setelah saya lihat carian dari internet. Saya stress dan risau untuk maklum pada suami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, cecair yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.