
Anonymous
5 tahun
Keluar cecair kuning dan berbau
saya wanita berumur 20an, saya jugak pernah melakukan hubungan secara bertukar tukar pasangan. saya berasa tidak selesa dengan bau&cecair yang keluar sehingga saya perlu memakai pad.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Keputihan yang terlalu banyak dan berbau atau berwarna lain biasanya adalah tidak normal dan boleh berpunca daripada:
- Jangkitan kelamin
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis (kandidiasis)
- Radang faraj
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan terjadinya masalah di atas kerana menggangu persekitaran faraj seperti kerap menggunakan pencuci faraj terutamanya yang mengandungi banyak pewangi dan kandungan bahan kimia yang merengsakan kulit.
Oleh itu, cik dinasihatkan untuk tidak mengamalkan tabiat mencuci dengan pewangi faraj ini kerana ia merupakan salah satu faktor masalah keputihan dan kegatalan yang anda hidapi.
Selain itu, cuba gunakan pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas serta elakkan pakaian dalam yang ketat. Ganti pakaian dalam dengan kerap terutamanya selepas berpeluh dan basah.
Jika masalah ini disebabkan oleh jangkitan kulat, cik boleh dapatkan ubat anti-kulat di talian EPHARMACY kami dan bercakap dengan pihak kami. Ubatan tersebut boleh terus dihantar ke rumah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.