
ainmazlyana
5 tahun
Keluar cecair warna kuning
Salam sejahtera doc,
Saya wanita berusia 30 tahun dan baru 45 hari melahirkan anak secara emergency c-section… darah nifas saya sudah 1 minggu berhenti… masalah yang saya hadapi sekarang ialah faraj saya mengeluarkan cecair berwarna kuning yang banyak dan agak berbau. Saya tidak mengalami demam dan luka jahitan saya dalam keadaan baik dan tidak bernanah atau mengeluarkan air bisa… saya juga tidak mempunyai masalah membuang air kecil dan besar… adakah itu normal atau jangkitan kuman? Harap doc dapat membantu… terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.Antara penyakit yang boleh mengakibatkan keluarnya cecair dari faraj adalah seperti berikut;
Candidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Cecair yang keluar disebabkan oleh jangkitan-jangkitan ini adalah berbeza bagi setiap jangkitan. Cecair kuning selalunya adalah disebabkan oleh trichomonas atau gonorea. Namun begitu ujian perlu dilakukan untuk mengenal pasti organisma yang terlibat dengan mengambil sample dari cecair tersebut. Kaedah ini juga dapat mengenal pasti antibiotik yang berkesan jika organisma yang menjangkiti anda adalah bakteria.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang penyakit anda. Pemeriksaan adalah penting untuk memastikan bahagian yang dijangkiti mungkin bukan hanya pada faraj tetapi juga organ lain seperti mata, tekak atau pelvis. Anda juga akan diberikan nasihat mengenai cara menjalani hubungan seks yang selamat agar risiko jangkitan berulang atau menjangkiti pasangan seks anda berkurang.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih