
Sulit
5 tahun
Keluar coklat 7 hari
Saya wanita 32 tahun. Sebelum ini period saya teratur tapi sejak kebelakangan ini menunjukkan tidak teratur tapi masih datang haid setiap bulan. Bulan lepas period saya datang pada 28/3 akan tetapi pada bulan ini sejak 28/4 hingga hari ini 4/5 saya hanya keluar coklat sahaja. Ada sekali keluar lendir darah kemudian coklat sahaja. Saya tidak pernah mengalami gejala seperti ini. Saya dah check upt & menunjukkan negatif. Mohon pencerahan doktor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.