
Sulit
5 tahun
Keluar darah coklat seakan selepas haid selepas bersama
Hi dr Saya berumur 30tahun dan baru berkahwin kira kira 3 bulan . Saya ingin tanyakan soalan pda doktor , kenapa lepas bersama dengan suami saya perasan dekat cadar ada darah coklat seakan akhir2 haid tetapi tidak terang. Saya mengalami haid yg tidak teratur , kira kira 2 bulan lebih sudah tidak datang bulan . Adakah yg keluar tu adalah darah period ? Apakah petanda itu doktor?
Dan vagina saya terasa bengkak mungkin aktiviti seks yang kuat . Adakah ia merbahaya kepada kesihatan saya dr ?
Dan apakah saranan dan nasihat dr utk sy mglami haid yg teratur balik kerana saya ingin sangat menimang cahaya mata dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah pendarahan warna coklat atau spotting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Aktiviti seks yang terlalu kuat boleh menyebabkan faraj anda sakit terutamanya apabila pelincir semula jadi terlalu sedikit dan anda tidak menggunakan sebarang pelincir. Hal ini kerana geseran boleh menyebabkan kulit bahagian kelamin anda terluka.
Masalah haid tidak teratur boleh ditangani dengan beberapa langkah bergantung kepada punca haid anda tidak teratur:
- Pengurangan berat badan
- Kawalan diabetes
- Pengambilan pil hormon
- Mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.