
Sulit
4 tahun
Keluar darah ketika bersama suami..? Ada perlu saya lakukan Pap smear
Saya wanita berumur 27 tahun…masalah saya adalah keluar darah ketika bersama dengan suami saya. Pada mula saya ingatkan adalah darah haid tetapi setelah saya bersihkan diri tidak ada darah keluar begithu esoknya dan seterus tiada ada langsung darah. Selalu akan terjadi apabila bersama dengan suami saya dan terasa pedih. Perkara ini sudah 3 kali berlaku.Darah berwarna coklat merah gelap. Saya pun telah berjumpa doktor klinik untuk ujian darah termasuklah ujian kanser ovari dan rahim.keputusan saya adalah normal tidak ada masalah.Saya pun sudah laku scan rahim jawab pun sama adalah normal.saya tiada mempunyai masalah.Untuk pengetahuan saya baru 4 bulan berkahwin.adakah perlu saya lakukan Pap smear.? harap doktor boleh bantu saya…Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu pendarahan setelah berhubungan seks. Untuk makluman anda, gejala pendarahan selepas melakukan hubungan seksual boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Ektropion Serviks - luka pada serviks
Berdasarkan keterangan anda, sekiranya rasa pedih dan pendarahan yang anda alami terlalu kerap atau bertambah buruk, saya mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor (menyatakan aduan tersebut) supaya pemeriksaan fizikal dapat dijalankan dan rawatan yang tepat akan diberikan. Perlu atau tidak pemeriksaan seperti pap smear dapat diputuskan (decide) oleh doktor yang memeriksa. Maklumat lanjut daripada anda seperti rekod kesihatan yang lain adalah diperlukan untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi. Mengenai pap smear, ianya adalah sebuah screening yang dilakukan untuk mendeteksi kanser serviks atau pangkal rahim.
Bagaimanpun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.