
sitinurfaezah1117
5 tahun
Keluar Darah Selepas Melakukan Hubungan Kelamin
Saya baru 2 bulan berkahwin … dah berulang kali kami bersama cuma kali ni kami agak kurang melakukan hubungan bersama , almost 1 week laa tak bersama sebab kedua2nya sibuk n penat … baru2 ni kami ada bersama dan saya dapati ada darah yg keluar selepas kami bersama … boleh doktor bagi saya sedikit penerangan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.