
anotherclosed
5 tahun
Keluar sedikit cecair putih dari kemaluan
Saya lelaki berumur 27 tahun mendapati ada lelehan sedikit berwarna putih keluar dari kemaluan. Ada rasa sakit ketika ingin kencing

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
Jika cik aktif secara seksual, elakkan bertukar pasangan, memakai kondom sewaktu melakukan hubungan seksual dan elakkan menjalinkan hubungan seksual sewaktu dijangkiti penyakit kelamin. Pasangan seksual juga memerlukan perhatian perubatan kerana mungkin dijangkiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.