Sulit

3 tahun

Kemalangan dengan pesakit hiv

Doc, pada 4bulan yg lalu, saya telah kemalangan motosikal, dan merempuh pesakit hiv yang sedang melintas jalan raya, penyebabkan saya terjatuh dah terluka. Mana kala pesakit hiv juga jatuh dan terluka dan berdarah di tangan dan bahagian badan yang lain.

Selepas kerjadian saya terus bangung dari jatuh, dan menolong beliau untuk bangun dan beliau menolak tangan saya secara kasar selepas saya pegang tangan dia yang berdarah. Saya fikir mungkin tangan dia sakit, setelah kejadian saya dan beliau selesaikn secara baik dan tiada luka yang serius cuma luka kecil sahaja. Sebelum semua pulang beliau meminta number telephone saya dengan alasan ingin meganti rugi kos baiki motosikal.

ketika itu juga saya mendapati tangan saya gunakan untuk bantu dia juga mempunyai luka akibat geseran atas tar ketika jatuh dari motosikal.

After 3hari selepas itu. Saya menerima teks melalui telegram yang tidak tahu dari siapa dan number phone tidak kelihatan.dan mendapat tesk sebuah huraian,

"Salam, adek, saya yang adik langgar tu ingat tak?,sebelum saya bagitau adek, saya nak adek sabar ya, dan saya nak minta maaf terlebih dahulu kepda adek, Sebenarnya saya positive hiv, dan adek telah menyentuh luka saya yang berdarah. Di sebabkan tu saya tolak tangan adek hari tu selapas menyentuh saya.

Saya betul2 minta maaf dan harap adek buat saringan di hospital,

saya ada mengambil rawatan hospital, dan ubat rawatan dari doctor, dan doctor memberitahu ubat yang saya ambil mngurangkan risiko jangkitan.

Saya doakan adek negetive, dan dihindari dari penyakit yang saya hadapi.

Saya minta maaf banyak2"

P/s Teks diatas mempunyai masa dan terpadam dengan sendiri, atau di padam oleh pehantar selapas saya membacanye. Saya tidak sempat screenshot teks tersebut.

Setelah mendapat teks diatas. Saya terkejut dan tidak dapat mengawal perasaan saya. Sampai lah satu tahap saya cuba lupakan dan anggap teks itu hanya helah dia semata2, dan saya ambil keputusan behenti kerja dan kembali ke kampung untuk tenangkan diri, sampai sekarang saya tidak dapat menceritakan hal ini kepada sesiapa pum termasuk keluarga.

Sekarang sudah 4bulan dari kejadian itu dan saya masih tiada keberanian ke hospital untuk check kesihatan saya.dan juga Saya masih dihantui rasa takut pada diri sendiri.

Dan juga sepajang 4bulan ni juga saya tiada nmpak apa2 y berubah pada badan saya seperti demam atau apa2, saya masih sihat, hanya saya jadi down, stress,susah nak tidur sbb memikirkan,dan kurang mandi, saya harap saya tidak menjadi gila,

Soalan saya,

  1. Doc saya nak tahu adakah ubat yang diambil pesakit tersebut, mengelakan saya dari dijangkiti hiv?

  2. Adakah apa2 tanda yang mengbuktikan saya juga dijangkiti?

  3. Bagaimana saya mahu memastikan, saya positive atau negetive tampa ke hospital?

  4. Apa patut saya buat?

Maaf jika teks saya panjang. Saya xdapat tidur memikirkan diri saya sekian.

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, jangkitan HIV mempunyai window period iaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mengesan jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah.

HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudah pun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah. Perlakuan yang biasanya melibatkan pertukaran darah ini adalah hubungan seksual dan perkongsian jarum yang sama.

Sekiranya anda telah disahkan dengan HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui kadar virus HIV dalam tubuh anda. Seterusnya dapatkan rujukan untuk mengambil ubat HIV.

Untuk makluman anda, sesetengah pesakit HIV atau AIDS mungkin mengalami penyakit seperti selesema dalam masa 2 hingga 4 minggu selepas mendapat jangkitan (Tahap 1 jangkitan HIV). Namun demikian, terdapat juga sesetengah pesakit yang mungkin tidak rasa sakit semasa peringkat ini.

Gejala awal HIV termasuklah:

  • Demam dan menggigil
  • Ruam
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit
  • Sakit otot
  • Kelenjar bengkak
  • Ulser mulut

Gejala sebegini boleh berlangsung di mana saja dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Jika anda mempunyai simptom ini, itu tidak bermakna anda mempunyai HIV. Setiap gejala ini boleh disebabkan oleh penyakit lain. Tetapi jika anda mempunyai simptom-simptom ini selepas pendedahan kepada seseorang yang berpotensi terhadap HIV, berjumpalah dengan doktor segera dan beritahu mereka mengenai risiko anda. Satu-satunya cara untuk menentukan sama ada anda dijangkiti adalah untuk dengan ujian jangkitan HIV.

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

joshua-earle-6V19Uy-tUhs-unsplash-2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)