
Anonymous
6 tahun
Kemaluan ada butir lubang macam nanah
Saya sakit pada kemaluan sya…pada kemaluan sya ade butir yang lubang mcm nanah bila sya nk kencing rasa pedih dan sangat sakit…saya baca di blog ia penyakit herpes…tolong saya dah 5 hari saya sakit

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap jangkitan di kemaluan anda. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan ulser di bahagian kemaluan anda seperti jangkitan virus seperti herpes simplex virus (HSV), jangkitan bakteria seperti sifilis, gonorrhoea dan chlamydia, dan jangkitan kulat seperti kandida. Selain itu, penyakit kulit lain seperti ekzema dan contact dermatitis juga boleh menyebabkan radang kulit di bahagian kelamin anda.
Herpes simplex virus biasanya menyebabkan ruam serta kudis berair di bahagian yang telah dijangkiti. Biasanya ruam-ruam tersebut akan menyebabkan kegatalan dan kesakitan tetapi ia akan sembuh dengan sendiri dalam masa 2 hingga 4 minggu. Ruam yang disebabkan oleh HSV biasanya dirawat dengan ubat sapu antivirus seperti krim yang mengandungi aciclovir.
Oleh sebab anda telah mengalami gejala ini untuk 5 hari, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera.

6 tahun
Hello dan selamat sejahtera.
Beberapa simptom yang dikaitkan dengan Virus herpes simplex jenis 2 ini termasuk:-
- luka yang sakit (di dalam mulut atau di alat kelamin)
- sakit semasa kencing (herpes genital)
- gatal-gatal pada bahagian alat kelamin
Anda juga mungkin mengalami simptom yang sama seperti demam, bengkak pada nodus limfa di sekitar leher atau pangkal peha, rasa letih, sakit kepala dan juga selesema. Virus herpes simplex jenis 2 juga boleh tersebar ke mata, menyebabkan keadaan keratitis herpes. Ini boleh menyebabkan gejala seperti kesakitan mata, pelepasan cecair dari mata, dan penglihatan sedikit terganggu. Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh digunakan. Namun, ada kemungkinan luka anda akan hilang tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin menentukan sama ada anda memerlukan satu atau lebih ubat anti viral seperti acyclovir, valacyclovir ataupun famciclovir. Semoga bermanfaat.