
Anonymous
2 tahun
Kemaluan keluar cecair jernih
sy lelaki 30an br bkhwin, 3 4 hr slps bkhwin kmluan sy mngluarkn cecair jernih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Merujuk kepada maklumat yang anda berikan, cecari jernih yang keluar boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Air mani
- Air mazi
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan kelamin seperti gonorrhoea
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih