
Sulit
5 tahun
Kemaluan Lelaki Tanpa Sunat nampak permukaan kulit tanggal
Sye lelaki 19 thun dan dapati permukaan kukit kemaluan apabila keras atau gosok nampak kuoit tanggal pada permukaan konek. Sye setiap hari ada cuci kemaluan dlman dan skrg sye telah sapu ubat zarin cream. Adalah cteam ini sesuai?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, luka di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Luka di kulit kemaluan seperti luka lecet (selalu menggosok)
- Masalah kelainan kulit seperti dermatitis atau ekzema
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Ubat krim tersebut tidak disarankan untuk digunakan bagi masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana, ia merupakan ubat anti kulat. Masalah yang anda hadapi mungkin atau tidak disebabkan kulat. Oleh itu, jangan menggunakan krim dengan sewenang-wenangnya tanpa mengenalpasti punca masalah anda.
Memandangkan luka di kawasan tersebut dapat menganggu dan menjejaskan keselesaan serta aktiviti membuang air kencing, maka anda sebaiknya mendapatkan rawatan segera. Malah, dikhuatiri sekiranya penyebab sebenar adalah jangkitan, ia dapat merebak dan menjadi lebih parah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini ialah keterangan am.Terima kasih.