Sulit
6 tahun
Kemaluan Tak Mengeras Seperti Biasa
Saya lelaki umur 20an, saya baru mengalami kemaluan saya tak mengeras seperti biasa apabila melihat sesuatu yg terangsang. Tetapi setiap pagi ia akan mengeras tapi tidak seperti sebelumnya, ia buat saya rasa resah. Saya merupakan seorang yang aktif bersenam di gym. Adakah saya kena mati pucuk?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak Encik, disfungsi seksual masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan emosi dan keletihan berlebihan
- Kesan sampingan pengambilan alcohol, dadah dan ubat-ubatan seperti anti-depressant
- Penyakit kronik: Kencing manis.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
































