
ejamqqq
2 tahun
Kembung perut & sukar untuk bernafas
Salam doktor, saya lelaki berusia 27 tahun. Saya mengalami sakit perut kembung & sukar untuk bernafas. Ini membuatkan saya sukar untuk tidur pada waktu malam. Hari ni (10 April) merupakan hari ke 9 saya menghadapi gejala ini. Pada 8 April saya telah pergi ke klinik swasta dan diberi ubat sakit perut & angin setelah setiap hari muntah. Tapi sehingga ke hari ini gejala ini masih berulang (muntah sudah tiada). Adakah saya perlu pergi ke hospital untuk tindakan selanjutnya? Atau gejala ini perlu masa untuk baik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kembung perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diet yang lebih kepada makanan yang menyebabkan perut berangin seperti brokoli, makan tinggi fibre dan tinggi kandungan kaji.
- Tidak dapat menoleransi Laktosa
- tidak dapat menoleransi gula makanan
- Penggunaan ubat seperti metformin dan lactulose
- Celiac disease
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik berdekatan dahulu. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.