
Sulit
4 tahun
Kemungkinan hamil selepas keguguran
Hai doktor, saya baru mengalami keguguran pada bulan ogos yang lalu, pada 24-september, saya datang haid, tapi hanya 5 hari sedangkan kitaran haid saya 7 hari, haid saya selalu teratur setiap bulan sebelum keguguran. dan pada bulan oktober, saya lambat datang bulan . adakah mungkin saya mengandung ? atau hanya period saya yang tak teratur ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lambat haid. Untuk makluman anda, haid lewat boleh menandakan kehamilan terutamanya apabila anda melakukan hubungan seksual. Haid lewat juga boleh berpunca daripada masalah lain seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Setiap penyakit yang dinyatakan di atas memerlukan pemeriksaan fizikal dan ujian lanjut di hospital, oleh itu sekiranya anda masih ragu ragu tentang kondisi anda, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan tindakan susulan.
Berkenaan dengan kehamilan, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan dengan cara yang betul. Sekiranya anda masih ragu-ragu, anda juga boleh mendapatkan pemeriksaan darah dan ultrasound yang dilakukan oleh doktor untuk mendapatkan kepastian.
Selain itu, tanda-tanda awal kehamilan (berbeza setiap individu) adalah seperti berikut:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih