
Sulit
3 tahun
Kena mati pucuk atau tidak?
Hi dr, sy 15 tahun dan ada masalah onani. sekarang ni sy punya morning wood makin x dapat rasa. sy dan terkena mati pucuk ker?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai masalah onani dan kini anda tidak merasakan morning wood. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, perbuatan melancap adalah sesuatu perkara yang biasa untuk mencapai kepuasan seksual. Namun, perbuatan ini mempunyai keburukan jika dilakukan secara kerap. Antara keburukan aktiviti melancap adalah :
- Kecutan bahagian zakar - akibat keradangan pada otot zakar
- Masalah ereksi
- Ejakulasi pramatang
- Cepat kelihatan tua
- Kemandulan
Namun, perkara ini akan berlaku jika perbuatan melancap dilakukan secara kerap untuk masa yang berpanjangan. Kami memerlukan maklumat tambahan dari anda untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah