
Anonymous
2 tahun
Kenapa pendaraan tak henti
Saya ingin tanya…saya sebwlum ni memang ada sakit buasir…pada hari khamis minggu lepas…sya bermain dgn dua orng laki2…selepas ma8n satu malam pagi saya dah ada berdarah di dalam dubur saya…bila saya buang air besar…dia hanya keluarkan darah saja sampai sekrng…perut merasa tak sedap

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
*Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti
- buasir terluka ataupun berdarah (ruptured haemorrhoid)
- anal fistula
- anal fissure
- ulser pada anus
Hubungan seks melalui dubur boleh meningkatkan risiko penyakit-penyakit di atas tetapi memandangkan anda ada sejarah penyakit buasir, kemungkinan besar ada kecederaan kepada buasir anda. Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.