Khairi

5 tahun

Kenapa penis bernanah

Kalau penis bernanah, adakah itu slah stu dri penyakit gonorea??

Hai, terima kasih di atas pertanyaan anda.

Nanah yang keluar daripada saluran kencing boleh menandakan beberapa perkara. Kita boleh bahagikannya kepada jangkitan seksual dan jangkitan bakteria bukan seksual.

Untuk jangkitan seksual ataupun penyakit kelamin (STI), penyakit-penyakit yang terlibat adalah penyakit chlamydia oleh Chlamydia trachomatis, penyakit Gonorrhea oleh Neisseria gonorrhoeae, penyakit Sifilis oleh Treponema pallidum dan Trichomoniasis oleh Trichomonas vaginalis. Bakteria-bakteria dan parasit yang disebutkan ini dijangkiti melalui hubugan seksual dan sebahagian daripadanya boleh menjangkiti bayi jika ibu tersebut mempunyai sifilis. Kadang-kala simptom nanah juga boleh keluar bersama dengan darah daripada kemaluan.

Untuk jangkitan bakteria yang bukan penyakit kelamin pula, kebiasaannya ia lebih mudah untuk dijangkiti oleh wanita daripada lelaki kerana saluran kumuhan daripada pundi kencing lelaki lebih panjang dari wanita. Namun, lelaki pula berisiko untuk mendapat jangkitan ataupun keradangan pada bahagian prostat yang boleh juga menyebabkan penyakit berlaku. Penyakit-penyakit yang terlibat adalah jangkitan saluran kencing oleh pelbagai penyakit namun yang paling biasa adalah daripada bakteria E.coli dan prostatitis ataupun keradangan prostat.

Sehubungan dengan itu, pemeriksaan yang terperinci haruslah dilakukan supaya diagnosis yang betul dapat di capai. Sample daripada nanah akan diambil supaya ianya boleh dikaji di dalam makmal untuk memastikan bakteria apakah yang sedang anda jangkiti.

Sekian, terima kasih.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, selamat sejahtera. Nanah pada zakar merupakan manifestasi berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut. Jangkitan pada zakar boleh disebabkan oleh pelbagai organisma. Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu jangkitan gonorrhoea dan jangkitan tidak spesifik.

Sekiranya seorang lelaki menghidap jangkitan gonorrhoea, simtom yang mungkin mereka hadapi pada mulanya adalah rasa pedih ketika membuang air kecil serta keluar cecair jernih, setelah beberapa hari, cecair yang keluar akan menjadi lebih banyak, pekat seperti nanah dan kadang kala bercampur darah. Kadang kala, jangkitan merebak hingga ke bahagian epididemis dan menyebabkan sakit dan bengkak pada bahagian scrotum yang selalunya berlaku pada salah satu bahagian sahaja.

Pesakit yang menghadapi jangkitan ini juga boleh mendapat jangkitan pada tekak, rektum dan mata. Mereka yang dijangkiti pada rectum akan berasa gatal-gatal, keluar cecair dan merasakan rektum sentiasa penuh walaupun telah membung air besar. Sekiranya mata dijakti organisma ini, pesakit akan mengadu sakit mata dan tidak boleh melihat cahaya serta keluar cecair nanah dari mata yang dijangkiti.

Anda dinasihati untuk mendapatkan nasihat doktor agar maklumat lebih lengkap dapat diperolehi serta pemeriksaan fizikal dapat dijalankan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)