
Sulit
4 tahun
Kenapa period lambat datang? saya pun taktahu kenapa, saya tak buat seks pun huhu
saya perempuan dan berumur 18 tahun sekarang ni tapi tak cukup l8 tahun, spm pro max. saya tak datang haid dah 3 bulan. last bulan 11 tahun lepas dulu time f3 pernah jugak sampai 3 bulan tak period, then dia elok balik cuma kadang2 lambat kadang2 cepat. tapi tiap bulan memang period. astu sekarang baru datang balik tak period dah mak masuk 3 bulan tu. apa patut saya buat? jumpa doktor? atau ada apa2 kaedah yang boleh saya buat??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.