
Sulit
5 tahun
Kencing berbuih dan Air Mani bewarna coklat
Saya berusia 31 tahun. Saya ingin bertanya tentang masalah yang saya hadapi iaitu kencing berbuih dan air mani bertukar warna coklat. Adakah saya mengalami jangkitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berbuih mungkin hanyalah efek daripada pemakanan anda. Namun, air mani berwarna coklat terjadi akibat adanya saluran darah yang pecah. Ia adalah merupakan petanda penyakit yang disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma ataupun kecederaan pada mana-mana bahagian seksual
- Ketumbuhan tumor yang menekan saluran darah
- Jangkitan penyakit kelamin
- Batu karang
Sekiranya hal ini telah berlangsung lebih 2 hari, anda harus segera ke doktor kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan yang serius yang mendasari gejala ini. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.