
bobtaufiq
2 tahun
Kencing berbuih,kepala sakit,mudah letih
Saya lelaki berumur 34 tahun,berat saya 150kg tinggi saya 185 cm
Sejak kebelakangan ini saya mengalami masalah sepwrti kencing selalu berbuih,kepala selalu sakit dan mudah letih.boleh terangkan kenapa sekian
Taufiq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- metabolic syndrome
- diabetes
- tekanan darah tinggi
- masalah tiroid seperti hipotiroid
- masalah buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.