Sulit
5 tahun
Kencing berdarah dipenghujung kencing Dan kesakitan dikemaluan semasa kencing
Hi doc…sya wanita berumur 35 tahun mengalami masalah berdarah dipenghujung kencing sya Dan juga mengalami kesakitan pedih ketika kencing…Bila mencuci akan ada sedikit terbau busuk pada tisu selepas membersihkan kencing…sya pun Tak pasti sma ada bau busuk tersebut dari air kencing atau kemaluan sbb Bila di check Tak nmpak apa2 yg pelik…ianya berlaku ketika kencing saja…darah yg keluar seolah olah sya mengalami haid tp berlaku ketika kencing saja Bila Tak kencing sya ok seperti biasa…sya juga mengalami kesakitan nda berdarah selepas n semasa melakukan hubungan intim…skrg ni ada lebih kurang 3 mggu sya seperti ini…apa yg sya perlu buat…boleh doc jelaskan apa yg berlaku dgn sya…tq doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui keterangan puan, saya dapati puan mengalamai masalah sakit ketika kencing berserta darah di penghujung aliran kencing dan juga lelehan faraj yang berbau. Selain itu puan juga mengalami gejala sakit ketika melakukan hubungan intim dan pendarahan selepas itu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh hal yang demikian, kami hanya dapat memberikan jawapan am. Berdasarkan gabungan simptom yang puan alami, masalah ini boleh disebabkan oleh
- Penyakit kelamin
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Penyakit radang pelvis
- Kanser serviks
Ini hanya jawapan am kepada soalan yang diajukan. Terdapat kemungkinan untuk masalah lain yang menyebabkan simptom puan ini.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana terdapat kemugkinan masalah serius yang boleh berlaku. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































