
Sulit
4 tahun
Kencing kurang lawas sakit belakang uhingga ke tengkuk rasa lengguh tangan dan kaki
Saya lelaki berumur 20 tahun mempunyai rasa sakit di tulang belakng hingga ke tengkuk terasa lenguh tangan dan kaki kadang kadang kebas kadang kadang rasa macam kencing tak lawas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Untuk makluman pihak anda, masalah sakit belakang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Akibat disfungsi tulang belakang biasanya kesan kecederaan
Chronic back pain biasanya terkait dengan masalah saraf tulang belakang
Spondylosis keradangan sendi tulang belakang akibat wear and tear
Spondylolisthesis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang tergelincir dari lokasi normal
Spondyloarthropaties merupakan masalah sendi tulang belakang
Manakala untuk masalah kecing tak lawas ini boleh disebabkan oleh:
Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
Masalah batu karang
Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Masalah prostat
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.