
Sulit
5 tahun
Kencing manis bacaan gula 7.5
Saya pesakit diabetis bacaan gula 7.5 n ada kolesteol juga, bolehkah sy minum susu omega nestle tu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pesakit diabetes memerlukan pemakanan yang seimbang. Diet seimbang adalah pemakanan yang terdiri dari semua kelas makanan dalam kuantiti yang cukup. Justeru, sebaiknya anda mengamalkan makan secara teratur dan dengan hitungan kalori tidak melebihi keperluan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.