
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas and sakit
Hi, i perempuan. Lately ni. kencing i rasa sakit and jadi tak puas, rasa nak kencing je. Ubat apa yang sesuai ? Ada jual ubat tu online tak dekat sini ? Sebab nak beli kat sini terus senang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing atau air kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh banyak sebab. Antaranya:
- Pundi kencing prolaps
- Jangkitan salur kencing
- Benign prostatic hyperplasia(BPH)- pembesaran kelenjar prostat (bukan kanser)
- Kanser prostat
- Urethral stricture- penyempitan uretra dan memberi kesan kepada aliran air kencing dari pundi kencing.
- Penyakit kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Kesan strok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.