
Sulit
4 tahun
Kencing tidak lancar, Sakit Pinggang dan Perut
Saya lelaki berumur 39 tahun. telah berkahwin. Saya mengalami masalah kencing tidak lancar. Namun tidak kerap terbangun pada waktu malam untuk kencing. Selain itu saya merasakan sakit pada bahagian pinggang dan perut seperti mencucuk dan pedih. Selain itu, saya merasakan seperti ada bengkak pada bahagian di antara dubur dan kemaluan saya apabila saya duduk dan merasa tidak selesa. Namun apabila saya memeriksa dengan menyentuh bahagian yang tidak selesa itu, tiada benjolan atau bengkak.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
- Masalah prostat
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.