
Sulit
5 tahun
Kencing tidak lawas dan terasa masih ada baki air kencing di hujung saluran kencing
Salam. Saya gadis berusia 21 tahun. Saya ada masalah kencing tidak lawas. Sudah 2minggu saya mengalami masalah ini. Saya risau kerana, saya tiada masalah air kencing keruh kerana warna air kencing saya jernih dan tidak sakit apabila membuang air kecil. Saya sentiasa mengambil minuman yg secukupnya sbyk 1500ml sehari. Tapi saya binggung akn masalh yg saya hadapi. Mengapa saya kencing tidak lawas dan terasa ada lagi air kencing di hujung saluran air kencing saya ? Saya sentiasa rasa tidak puas membuang air dan terasa masih ada baki di hujung saluran kencing tetapi bila kencing kuantitinya sangat sedikit. Apakah masalh yg saya hadapi sekarang ? Saya telah brjumpa doktor tetapi beliau hanya kata saya ada masalh kencing kotor sedangkn tiada apa2 ujian dilakukan. Dan saya telah mengambil ubat tetapi tetap sama. Mohon bantuan dan penjelasan. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan di atas kami memahami bahawa anda mengalami kencing tidak lawas dan kami juga memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. Antara punca kencing tidak lawas adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
- Ketumbuhan pada organ wanita
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih