
Sulit
4 tahun
Kentut Vagina adakah ianya normal atau tidak
Hai saya berumur 24 tahun dan masih bujang sejak setahun yang lepas ,kalau kentut yang normal akan keluar melalui dubur tetapk saya kalau mahu kentut,mesti akan kentut itu akan keluar di dubur serta di vagina juga,tapi sy tidak ada masalah gatal² atau ada cecairan seperti najis keluar serta darah dan tidak berasa sakit,kadang2 normal keluar ikut dubur tetapi sejak2 ni makin kerap kalau kentutu mesti di vagina juga akn keluar tetapi tidak tahu adakah iannya busuk kerana iannye keluar daripada dubur juga…Jadi apa sepatutnya saya buat ya untuk perbaiki semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, vaginal flatulence ataupun kentut vagina adalah tidak merbahayakan. Ia adalah normal untuk mempunyai kentut vagina. Secara amnya, kentut vagina boleh berlaku disebabkan udara yang terperangkap di dalam faraj sewaktu memasukkan benda ke dalam faraj. Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kentut vagina ialah:
- senaman seperti yoga, mampu regangkan faraj dan memasukkan udara ke dalam faraj
- hubungan seks dan penggunaan mainan seks
- otot bahagian punggung yang lemah
- pembentukkan fistula pada faraj
- prosedur pemeriksaan kesihatan pada kemaluan
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih