
Sulit
4 tahun
Kentut vagina dan belum berkahwin
Saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin , tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya mengalami kentut vagina, tidaklah serious. Tetapi saya curious, kerana ada yg mengatakan kentut vagina berlaku kepada org yang tiada dara. Persoalan saya, benarkah perkara tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda. Untuk pengetahuan anda, vaginal flatulence ataupun kentut vagina adalah normal. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mendapat kentut vagina seperti:
- senaman seperti yoga, mampu regangkan faraj dan memasukkan udara ke dalam faraj
- hubungan seks dan penggunaan mainan seks
- otot bahagian punggung yang lemah
- pembentukkan fistula antara faraj dan dubur
- prosedur pemeriksaan kesihatan pada kemaluan
Kentut vagina tiada kena-mengena dengan selaput dara yang masih ada mahupun yang telah pecah.
Jika anda masih mempunyai soalan berkenaan kentut vagina, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.