
Sulit
2 tahun
Kentut vagina, keputihan
Sebenarnya saya sangat malu nak bertanya dengan Dr di klinik,mujur sy jumpa page ini…soalan sy Dr,sebenarnya sy mengalami masalah kentut vagina semasa bersama suami,kadag2 terasa becak,sy pernah bjumpa dgn Dr di klinik Dan Dr beritahu saya Ada masalah keputihan,baru2 ni sy bersama,Dan sy dapati keluar Darah tapi tidak menyakitkan,boleh tak Dr bantu sy dgn masalah ini,atau perlukah sy makan Jamu, utk pengatahuan Dr sy berumur 31,anak dua org Dan memakai Iucd…terima kasih Dr sudi membaca Dan membantu sy…sy sgt takut…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pertama sekali, “kentut vagina” merupakan fenomena yang biasa. Fenomena berlaku apabila faraj dirangsang, ia akan mengembang dan lebih banyak udara akan memasuki faraj anda apabila tembusan berlaku.
Keluaran darah selepas hubungan seks boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.