
Sulit
4 tahun
Kepala rasa berpusing selama tiga hari
Hai, saya perempuan berumur 24 tahun. Baru-baru ini secara tiba-tiba kepala rasa berpusing dan pandangan juga berpusing. Bila bergerak kepala sedikit saja pun terus melayang dan loya. Kemudian, saya cuba tidur tetapi esoknya masih sama. Pergi klinik injection ubat tetapi masih sama, kemudian selang sehari masuk air dua botol serta vitamin, tetapi masih rasa melayang. 3 hari juga baru rasa kurang sedikit…
Tetapi, sehingga sekarang sudah hari ke-7 masih rasa melayang tetapi tidak seteruk sebelum ni. Bila tunduk nak bangun elok balik rasa melayang dan tak seimbang. Bila berjalan pun rasa tak seperti biasa. Jadi, saya ingin bertanya adakah saya perlu rujuk pakar tertentu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi kepala terasa berpusing selama 3 hari. Untuk makluman anda, selain masalah otak, gejala pusing, loya dan muntah yang anda rasakan kemungkinan besar terkait dengan organ keseimbangan yang mana ia boleh terdiri daripada adanya masalah di saraf mata, telinga, otot dan sebagainya. Hal ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV) adalah timbulnya rasa pening terkait perubahan posisi
- Meniere’s disease biasanya timbul dalam bentuk serangan dan semakin berkurang
- Acute vestibular dysfunction adalah akibat keradangan dan jangkitan
- migrain
Untuk mengetahui punca masalah anda dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Justeru, jika masalah ini masih berlarutan, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada dokor anda kembali. Terdapat penyakit lain yang perlu diteliti dan dikaji lagi.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.