Sulit
5 tahun
Kepala sakit dan berdenyut selepas bersiar siar
Saya lelaki 15 tahun saya asyik mengalami sakit kepala dan kepala berdenyut seperti migrain selepas bersiar siar atau pergi ke sesuatu tempat,
Adakah ia normal?
Dan apakah rawatan awal yang sata boleh lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami melalui talian ini.
Berdasarkan keterangan anda, saya memahami kebimbangan dan kerisauan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan.
Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer.
- migrain
- sakit kepala berkelompok
- sakit kepala tension
Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media.
- darah tinggi
- rabun mata
- trauma
- kanser otak
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah penerangan am dalam masalah ini. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.


































