
shahrul78
2 tahun
Kepala zakar berdarah
Saya berumur 41 tahun. Baru2 ini semasa saya bersama dengan isteri saya, saya dapati hujung kepala zakar saya ada kesan melecet dan sangat kering sehingga apabila zakar menegang ianya mengeluarkan darah dari kulit yang kering dan merekah tersebut. Ini hanya berlaku apabila zakar saya menegang sahaja. Tiada simptom lain seperti gatal atau sakit. Mohon penjelasan pihak tuan berhubung masalah saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Batu karang dalam saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit kelamin
Segera berjumpa doctor jika:
- Demam
- Susah atau kurang kencing
- Kencing berdarah
- Sakit abdomen
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.