Sulit
5 tahun
Kepala Zakar sy timbul kemerahan
Kepala zakar sy timbul kemerahan dulu tak ada… Adakah ini satu jangkitan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kemerahan pada zakar dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- keradangan- seperti balanitis
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar doktor dapat meneruskan usaha pengubatan dengan melakukan pemeriksaan tambahan, memberikan ubat yang tepat dan efektif sesuai diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

































