Sulit
5 tahun
Kepanasan badan tidak melebihi 36°C baru check semalam dekat Klinik Tempatan dengan memakai Mask .. tiada batuk serius .. tiada sakit tekak .. rasa kepenatan .. ada sejarah Allergic Rhinitis dan GERD ataupun Acid Reflux 2 tahun lepas
Doctor … Nak tanya sedikit tentang gejala Covid 19 ini … Saya lelaki berumur 32 tahun dan semenjak 1 minggu yang lalu … saya merasai ketidakselesaan dan takut apabila saya ada kepanasan suhu badan tapi tidak melebihi 36°C apabila pihak kesihatan mengambil suhu badan saya … Saya juga telah mengunjungi Klinik Tempatan dan memberitahu Doctor yang bertugas bahawa saya ada merasai kepanasan suhu badan tapi tidak melebihi 36°C … tiada batuk setakat ini … tiada sakit tekat setakat ini … mulut sentiasa rasa kering … rasa macam ketidakselesaan di bahagian perut dan selalu ada gejala seperti membuang angin (burping di mulut) … Saya pernah mengalami GERD ataupun Asid Reflux dahulu … Adakah disebabkannya? Saya juga ada Allergic Rhinitis dan pernah mengalami anxiety attack dan depresi … Jadi nak tanya pendapat Doctor … Perlukah saya membuat Covid 19 Test? Baik tanya dulu … TQ
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda mungkin mengalami masalah mulut kering kerana anda kurang minum air. Bagi isu sendawa anda pula, ini boleh disebabkan oleh:
- Minum minuman berkarbonat
- Ketidakhadaman
- Masalah gastrik
Penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan jika anda memerlukan ujian saringan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi sahaja.
Anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































