
Sulit
3 tahun
Kepastian mengandung atau tidak
Saya last datang bulan pada 10/5…sepatutnya kiraan haid saya akan datang haid 28 hari kitaran…tapi sampai hari ini tidak datang…tapi dalam masa yang sama…ada cecair dan ketulan merah keluar dari kemaluan saya…bila saya cek pregnancy test…2 kali negatif…macam mana ye doktor…saya baru lagi berkahwin…belum bersedia untuk ada anak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Mengenai ketulan darah, antara punca bagi masalah ini adalah:
- Endometriosis - Ketumbuhan sel lapisan rahim di organ lain
- Fibroid dalam rahim
- Kanser serviks/rahim
- Jangkitan dalam rahim
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi